Komunikasi Dengan Allah

Mari kita berkomunikasi dengan Allah. 

Berkata-kata lah dengan Allah. 

Rasakan Ilham itu masuk terus ke jiwa ketika kita bersedia jiwa dan raga demi kerana Allah. 

Bersedia untuk berada di jalan Allah. 

Bersedia untuk diwakilkan Allah sebagai khalifahNya. 


Mari bermunajat...


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...

Hari ini hambaMu ini SIAP BERSEDIA untuk dipanjangkan umur, ya Allah.

Hari ini bersedia untuk melakukan kebaikan, ya Allah.

Hari ini bersedia untuk menerima rezekiMu, ya Allah.

Hari ini bersedia untuk sihat, ya Allah.

Hari ini bersedia untuk menyantuni orang lain, ya Allah.

Hari ini bersedia untuk menghargai orang lain, ya Allah.

Hari ini bersedia untuk rajin, ya Allah.

Hari ini bersedia untuk bekerja, ya Allah.

Hari ini bersedia untuk memenuhi keperluan keluarga, ya Allah.

Hari ini bersedia untuk membuka pintu hati menerima cahayaMu,ya Allah.

HambaMu ini bersedia untuk menerima segala kehendakMu, ya Allah.


Oleh itu ya Allah, ya Allah, ya Allah...


HambaMu mohon agar diberikan olehMu umur yang baik, petunjuk dan kekuatan dalam melakukan kebaikan, menyantuni, menghargai, memenuhi keperluan keluarga, ya Allah. 

HambaMu mohon agar diIlhamkan dengan idea-idea yang terbaik untuk menggunakan kemahiran yang hambaMu 
ini miliki untuk menerima rezekiMu, ya Allah.

HambaMu ini ingin menjadi hamba yang dipercayaiMu, ya Allah. 

HambaMu ini ingin menjadi hamba yang taat, ya Allah. 

HambaMu ini ingin menjadi hamba yang sentiasa membuat kebaikan, ya Allah. 

HambaMu ini ingin menjadi hamba yang sentiasa bertaubat atassegala kesalahan dan dosa, ya Allah. 

HambaMu ini ingin menjadi hamba yang sentiasa dekat denganMu, ya Allah.

HambaMu ini ingin menjadi hamba yang sentiasa mengikut segala perintahMu, ya Allah.


HambaMu ini ingin menjadi hamba yang sentiasa meninggalkan segala laranganMu,ya Allah.

Namun hambaMu tidak mampu melainkan dituntun dengan Ilham daripadaMu, ya Allah.

Terima kasih ya Allah, terima kasih atas segala nikmatMu.

Comments